• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Rabiul Awal 17 1441
Khamis November 14 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN AGIHAN MANFAAT WAKAF PADA TAHUN 2019

Majlis Penyerahan Agihan Manfaat Wakaf Kepada Masjid-Masjid Terpilih seluruh Negeri Kelantan telah diadakan pada 29 Ramadan 1440H bersamaan 03 Jun 2019, bertempat di Dewan Utama, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Pada tahun ini, agihan manfaat wakaf sebanyak RM39,000.00 diagihkan kepada  18 buah masjid telah terpilih di Negeri Kelantan. Agihan manfaat wakaf ini adalah hasil daripada sewaan bangunan dan pembangunan tanah wakaf bagi tahun 2018 dalam kategori wakaf masjid.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abdul Hadi, Timbalan Yang DiPertua MAIK, diiringi oleh Yang Berusaha Encik Mohd Azman Bin Ghazali, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK dan Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK. Majlis ini telah diakhiri dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah , Pegawai Baitulmal MAIK.

Pihak MAIK berharap semua penerima akan memanfaatkan sepenuhnya hasil wakaf berkenaan dan  semoga pewakaf mendapat ganjaran berterusan bagi harta yang telah diwakafkan.

 

Disediakan Oleh :  Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

 

 

flickr
www.flickr.com
                   
Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini637
Kelmarin1629
Minggu Ini4636
Bulan Ini16746
Keseluruhan633485

X