• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Muharram 22 1441
Sabtu September 21 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENYAMPAIAN HAMPER KEPADA MASYARAKAT ORANG ASLI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI BAGI TAHUN 1440H/2019M

Pada 29 Mei sehingga 1 Jun 2019 Unit Dakwah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah turun padang memantau pembahagian hamper kepada Masyarakat Orang Asli berupa barangan keperluan bagi menyambut  Hari Raya Aidilfitri di beberapa buah pos dan perkampungan Orang Asli bertujuan memastikan hamper tersebut sampai kepada penerima.

Aktiviti sumbangan hamper seumpama ini dibuat setiap tahun bertujuan bagi meringankan beban mereka yang bakal menyambut lebaran disamping menunjukkan keprihatinan pihak MAIK terhadap golongan ini. Jumlah sumbangan hamper pada tahun ini melibatkan sebanyak 2,900 buah hamper bernilai RM 470,020.00 yang disampaikan kepada ketua isi rumah (KIR) masing-masing.

Tinjauan yang mengambil masa empat hari ini melibatkan kawasan di RPS Kuala Betis, Pos Blau, Pos Hendrop, Pos Tuel, Pos Brooke, Pos Simpor, Pos Gob, Pos Pulat, Pos Pasik, Pos Tohoi ,Pos Balar, Pos Belatim, KOA Kuala Wook, KOA Pasir Linggi, KOA Kuala Lah, KOA Kuala Koh, Kampung Aring 5, KOA Sungai Rual Jeli dan lain-lain perkampungan Masyarakat Orang Asli sekitar Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai.

Alhamdulillah penyampaian hamper ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang tidak diingini berlaku dan diterima oleh pihak yang berkenaan. Pihak MAIK amat menghargai dan mengucapkan jutaan terima kasih atas keperihatinan masyarakat yang terus menerus menyokong dan membayar zakat di MAIK. Buktinya MAIK membalas kepercayaan tersebut dengan sentiasa berkerja keras menyalurkan bantuan kepada asnaf yang memerlukan.

 

Disediakan Oleh : Abdul Muhaimin bin Ismail

 

 

flickr
www.flickr.com

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini925
Kelmarin2135
Minggu Ini9511
Bulan Ini33434
Keseluruhan556368

X