• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rabiul Awal 16 1441
Khamis November 14 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KES KEMATIAN ORANG ASLI DI KUALA KOH, GUA MUSANG

Peristiwa kematian misteri yang melibatkan 15 orang penduduk Kampung Kuala Koh bermula awal Mei lalu telah menggemparkan masyarakat umum tentang kejadian ini.

Setelah tinjauan awal dibuat pada 9 Jun yang lalu, wakil dari Unit Dakwah MAIK sekali lagi ke lokasi berkenaan pada 19 Jun 2019 untuk mengikuti perkembangan kes kematian misteri ini secara lebih dekat meskipun sekatan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi berjalan. Ziarah ke Kampung Kuala Koh kali ini adalah sebagai penyelesaian akhir kepada permasalahan melibatkan penduduk kampung yang mendakwa bahawa ada antara si mati bukan beragama Islam.

Kerisauan ini terjadi kerana ada di kalangan penduduk kampung yang ingin jenazah tersebut diuruskan secara adat. Perbincangan sekitar satu jam yang disertai oleh pegawai-pegawai daripada MAIK, JAKOA dan JAKIM serta wakil penduduk kampung Kuala Koh, Mamak bin Ong, bersetuju semua jenazah akan dikebumikan mengikut cara Islam iaitu dimandikan, dikafankan dan ditanam.

Hal ini kerana mengikut sejarah, keseluruhan penduduk kampung Kuala Koh telah berjaya diislamkan sendiri oleh Tengku Mahkota ketika itu iaitu Tengku Muhammad Faris Petra sekitar tahun 1999 lagi. Maka dengan sendirinya anak cucu mereka dikira sudah Islam mengikut agama asal ibu bapa mereka.

 

Disediakan Oleh : Abdul Muhaimin bin Ismail

 

 

flickr
www.flickr.com

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini156
Kelmarin1629
Minggu Ini4155
Bulan Ini16265
Keseluruhan633004

X