• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Safar 18 1441
Jumaat Oktober 18 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KURSUS DRONE PROFESIONAL

10 Julai 2019 (Rabu) – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menganjurkan Kursus Drone Profesional secara ‘in-house’ yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 9 hingga 10 Julai 2019 kepada kakitangan MAIK bertempat di Bilik Mesyuarat WENK, MAIK. Kursus tersebut dikendalikan oleh YBrs. Encik Sharif Zulkepele yang dikenali sebagai Cegu Sharif dan YBrs. Encik Soffre Sukirman daripada Syarikat Infra Minda Sdn. Bhd.

Sepanjang kursus dijalankan para peserta didedahkan tentang pengenalan teknologi Drone masa kini iaitu menggunakan Drone jenis DJI Phantom Quadcopter, Teknik keselamatan penerbangan, Teknik Fly and Flight, serta Demostrasi penerbangan. Selain itu, peserta juga diberikan sesi latihan praktikal pengendalian dan rakaman udara di perkarangan MAIK dan juga Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan.

Majlis Penyampaian Sijil tamat Kursus Drone Profesional disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Muhammad Hana Pizi Abdullah, Imam Besar mewakili YABrs. Timbalan Yang DiPertua MAIK. Turut hadir juga Puan Marziati Haji Yusoff, Pegawai Teknologi Maklumat MAIK. Diharapkan kursus ini dapat memberi banyak ilmu dan manfaat kepada para peserta kursus untuk mengendalikan drone secara profesional.

 

Disediakan Oleh : Nik Nor Azimah Bt Che Yaakub

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini101
Kelmarin1549
Minggu Ini5817
Bulan Ini25378
Keseluruhan597817

X