• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Safar 19 1441
Sabtu Oktober 19 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN AGROBANK BAGI TAHUN 2018 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

21 Ogos 2019 (Rabu) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Agrobank bagi tahun 2018 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 21 Ogos 2019, jam 9.00 pagi bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan zakat perniagaan Agrobank telah disampaikan oleh YBrs. Encik Kamarulzaman binb Said, Head of Commercial Business (Pemangku Regional Director) Agrobank kepada YABrs. Tuan Haji Zulkifle bin Ab. Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dengan disaksikan pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak.

Majlis pada hari ini juga turut sama mendengar Cadangan Kerjasama Strategik antara Agrobank dengan pihak MAIK dan berdasarkan impan positif yang bakal diperolehi, pihak MAIK telah bersetuju supaya akaun MAIK dibuka di Agrobank khususnya bagi pembayaran zakat oleh pelanggan.

Jumlah zakat perniagaan Agrobank bagi tahun 2018 sebanyak RM129,140.00 dan diharapkan supaya Agrobank ini terus kukuh sebagai antara Institusi Kewangan di tanahair Malaysia ini dengan segala perkhidmatanya diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga bayaran zakat yang dilaksanakan oleh Agrobank ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, YBrs. Encik Ridhwan bin Abdul Rahman.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuff

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini158
Kelmarin1482
Minggu Ini7356
Bulan Ini26917
Keseluruhan599356

X