• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Safar 19 1441
Sabtu Oktober 19 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SUMBANGAN WAKAF BAGI MAJLIS PENYERAHAN WAKAF AL QURAN BRAILLE TAFSIR MELALUI MANFAAT WAKAF ALMARHUM SULTAN MANSOR

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) adalah pengawal bagi harta wakaf di Negeri Kelantan. Sehubungan dengan itu, MAIK sentiasa cakna dan bertanggungjawab dalam menjaga amanah pewakaf.

Pada 10 September 2019, satu majlis penyerahan manfaat wakaf telah disempurnakan oleh  Yang Berusaha Encik Mohd Azman Bin Ghazali , Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, diiringi Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, untuk menyampaikan sumbangan Wakaf sebanyak RM5,000.00 kepada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) yang diwakili oleh Encik Mustapha bin Abdul Manan, Biro Komunikasi Korporat Program. Sumbangan  wakaf sebanyak RM5,000.00 ini  adalah untuk 10 naskah AlQuran Braille Tafsir  bagi kegunaan guru-guru di beberapa sekolah pendidikan khas dan juga ahli-ahli PERTIS.  Program Wakaf AlQuran Braille ini adalah kerjasama antara PERTIS dan Persatuan Huffaz . Sumbangan wakaf ini adalah hasil daripada manfaat wakaf Almarhum Sultan Mansor untuk mengaji-ngaji Al-Quran. Pihak PERTIS turut mewakafkan satu (1) naskah AlQuran Braille Tafsir kepada pihak MAIK.

Pihak MAIK berbesar hati melaksanakan amanah Almarhum Sultan Mansor  dan semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan oleh penerima dengan sebaik-baiknya. Orang ramai yang ingin turut sama berwakaf dan menjadi Rakan Wakaf MAIK, sila hubungi Unit Wakaf MAIK ditalian 09-7481512, atau disalurkan terus ke akaun Waqaf Tunai MAIK 03-018-01-016270-3 (Bank Islam Malaysia Berhad) dan layari portal MAIK www.e-maik.my atau waqaf.e-maik.my untuk maklumat wakaf MAIK.

 

Disediakan Oleh :  Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini158
Kelmarin1482
Minggu Ini7356
Bulan Ini26917
Keseluruhan599356

X