• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Safar 19 1441
Sabtu Oktober 19 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT SEMESTER 5/2018 MAAHAD TAHFIZ MAIK TAHUN 2019 (KUMPULAN 1)

Pada 6 - 7 September 2019 yang lalu, pelajar-pelajar Semester 5 sesi 2017/2020 Maahad Tahfiz MAIK (Kumpulan 1) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP MTQ MAIK) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Maahad Tahfiz MAIK telah melaksanakan Program Bengkel Al-Fatihah & Gotong-Royong Bersama Komuniti. Program ini merupakan tugasan wajib bagi Matapelajaran Khidmat Masyarakat Diploma Tahfiz Al-Quran  di bawah Darul Quran, JAKIM dan ianya telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya oleh para pelajar bersama komuniti. Sasaran program ini ialah kepada anak-anak Ahli Mukim Palekbang yang berumur 13-17 tahun (lelaki sahaja).

Antara objektif program ini ialah;-

  1. Mempelajari dan membuat latihan bacaan Al-Quran khususnya bacaan Al-Fatihah.            
  2. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen peserta dan masyarakat setempat  terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
  3. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara peserta dan komuniti setempat dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan  penglibatan semua pihak.
  4. Mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat.
  5. Menonjolkan huffaz kepada masyarakat awam dan membuktikan bahawa huffaz merupakan golongan yang serba mahir dan berkebolehan dalam pelbagai bidang.

Beberapa pengisian yang menarik telah disusun dan dilaksana dengan teliti seperti bengkel bacaan Al-Quran, gotong royong membersihkan masjid dan kawasan perkuburan Islam Palekbang.

Program ini juga dirangcang sepenuhnya oleh pelajar-pelajar semseter 5/2019 dengan di urus setiakan oleh Af. Ustaz Wan Muhammad Abu Bakr bin Wan Ibrahim, pensyarah maahad ini yang juga Penyelia Umum Khidmat Masyarakat Maahad Tahfiz MAIK dengan di bantu oleh Pegawai Hal-Ehwal Pelajar dan Warden Asrama. 

 

Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini163
Kelmarin1482
Minggu Ini7361
Bulan Ini26922
Keseluruhan599361

X