• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Syawal 13 1441
Jumaat Jun 05 2020

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN BUSINESS VENTURES SDN BHD BAGI TAHUN 2018 KEPADA MAIK

06 November 2019 (Rabu) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Universiti Malaysia Kelantan Business Ventures Sdn Bhd bagi tahun 2018 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah berlangsung pada 06 November 2019, jam 10.00 pagi bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan Cek Zakat Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan Business Ventures Sdn Bhd bagi tahun 2018 telah disampaikan oleh YABrs. Prof. Madya Dr. Mohd Rusli Ya’cub, Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Malaysia Kelantan Business Ventures Sdn Bhd kepada Timbalan Yang Dipertua, MAIK YABrs. Tuan Haji Zulkifle Bin Ab. Rahman dengan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak MAIK dan Universiti Malaysia Kelantan Business Ventures Sdn Bhd.

Jumlah zakat perniagaan Universiti Malaysia Kelantan Business Ventures Sdn Bhd pada tahun 2018 sebanyak RM 100,000.00. Diharapkan semoga Universiti Malaysia Kelantan Business Ventures Sdn Bhd ini terus kukuh di tanahair Malaysia ini dengan segala perkhidmatanya diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga bayaran zakat yang dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Kelantan Business Ventures Sdn Bhd ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, YBrs. Al- Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuff

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2310
Kelmarin3595
Minggu Ini18322
Bulan Ini18322
Keseluruhan1194353

X