• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Rabiul Akhir 16 1441
Jumaat Disember 13 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN RURAL CAPITAL BAGI TAHUN 2018 KEPADA MAIK

20 November 2019 (Rabu) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Rural Capital Berhad bagi tahun 2018 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 20 November 2019, jam 10.00 pagi bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan cek Zakat Perniagaan Rural Capital Berhad bagi tahun 2018 telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Mahadir bin Ibrahim ( Ketua Pegawai Operasi, Rural Capital Berhad) kepada Timbalan Yang Dipertua, MAIK YABrs. Tuan Haji Zulkifle Bin Ab. Rahman dengan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak.

Jumlah zakat perniagaan Rural Capital Berhad pada tahun 2018 sebanyak RM 68,950.00. Diharapkan Rural Capital Berhad ini terus kukuh di tanahair Malaysia ini dengan segala perkhidmatanya diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga bayaran zakat yang dilaksanakan oleh Rural Capital Berhad ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid MAIK, YBrs. Al- Fadhil Ustaz Mohd Afifi B. Ahmad @ Ahmad Ashaari.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuff

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1249
Kelmarin1801
Minggu Ini7877
Bulan Ini19263
Keseluruhan671702

X