• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Rabiul Akhir 16 1441
Jumaat Disember 13 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN QSR BRANDS (M) HOLDINGS BERHAD BAGI TAHUN 2018 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

19 November 2019 (Rabu) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh QSR Brands (M) Holding Berhad bagi tahun 2018 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 19 November 2019, jam 10.00 pagi bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan cek Zakat Perniagaan QSR Brands (M) Holding Berhad  bagi tahun 2018 telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Hayazi bin Darus (Pemangku Ketua Jabatan, Jabatan Syariah & Pematuhan Halal) kepada Timbalan Yang Dipertua, MAIK YABrs. Tuan Haji Zulkifle Bin Ab. Rahman dengan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak.

Jumlah zakat perniagaan QSR Brands (M) Holding Berhad  pada tahun 2018 sebanyak RM 425,101.00. Diharapkan QSR Brands (M) Holding Berhad ini terus kukuh di tanahair Malaysia ini dengan segala perkhidmatanya diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga bayaran zakat yang dilaksanakan oleh QSR Brands (M) Holding Berhad  ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, YBrs. Al- Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuff

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1248
Kelmarin1801
Minggu Ini7876
Bulan Ini19262
Keseluruhan671701

X