DERITA PESAKIT KULIT RAPUH

Cetak

YABrs. Dr Timbalan Yang Dipertua MAIK menyampaikan sumbangan kepada  Encik Mohd. Rosdy bin Mat Rifin @ Arifin pada 20 Januari, 2019 di Kampung Chekok, Kota Bharu. Encik Mohd. Rosdy adalah bapa kepada Adik Muhammad Alif Firdaus yang menderita penyakit "Epidermolysis Bullosa" atau kulit rapuh sejak lahir lagi. Adik Muhammd Alif Firdaus berumur lapan tahun, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tapang. Kulit beliau perlu dibalut setiap hari untuk mengelakkan ia bertambah teruk. Perbelanjaan sebulan untuk merawat penyakit adik ini mencecah  RM2,000.00 sebulan. Encik Mohd Rosdy bekerja sebagai Juruteknik Kilang dengan pendapatan RM3,500.00 sebulan dan menanggung 3 orang anak serta seorang isteri yang merupakan suri rumah sepenuh masa.

Sumbangan ini adalah bagi menyempurnakan titah YTM Tengku Mahkota Kelantan selaku Yang Dipertua  MAIK yang turut bersimpati di atas kesusahan yang dialami oleh keluarga ini.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat  menampung kos pembelian ubat untuk rawatan adik Muhammad Alif Firdaus.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

Tags: