• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA PESAKIT KOMA

YABrs. Dr Timbalan Yang Dipertua  MAIK menyampaikan sumbangan kepada  Encik Muhammad Saiful bin  Sudin  pada 20 Januari, 2019. Turut mengiringi ialah Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan Kerja Sosial,  Hospital Raja Perempuan Zainab II. Encik Muhammad Saiful adalah suami kepada Puan Norfadilla binti Che Par, seorang pesakit yang sedang koma dan sekarang ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Pesakit ini mengalami komplikasi semasa melahirkan anak sulung mereka 3 bulan yang lepas menyebabkan beliau koma hinggalah sekarang. Suami hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan lebih kurang RM700.00 sebulan. Walaubagaimana pun beliau sudah 3 bulan tidak bekerja kerana menguruskan isteri dan anak. Duit simpanan sudah habis dibelanjakan untuk untuk membeli susu dan lampin pakai buang untuk isteri dan juga anak beliau.

Sumbangan ini adalah bagi menyempurnakan titah YTM Tengku Mahkota  Kelantan selaku Yang Dipertua  MAIK yang turut bersimpati di atas kesusahan yang dialami oleh Encik Muhammad Saiful.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh beliau.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1109
Kelmarin1369
Minggu Ini3804
Bulan Ini22392
Keseluruhan192843

X