ADIK UMMU DAMIA MENERIMA KUNJUNGAN MAIK

Cetak

YABrs. Dr Timbalan Yang Dipertua MAIK menyampaikan sumbangan kepada  Puan Fazatul Azren bin Husin pada 20 Januari, 2019 di Kampung Padang Bongor, Binjai, Kota Bharu. Puan Fazatul Azren adalah ibu kepada adik Ummu Damia Khalisya binti Saifful Amilin yang berumur 4 tahun.  Puan Fazatul Azren seorang ibu tunggal (bercerai) yang bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan RM450.00 dan penerima bantuan JKM sebanyak RM350.00 sebulan.  Tanggungan beliau adalah seramai 2 orang dan beliau sekeluarga menumpang rumah ibubapa. Adik Ummu Damia Khalisya mengidap penyakit lebihan air dalam kepala sejak dari lahir lagi menyebabkan kepala semakin membesar.  Kos perubatan adik ini adalah lebih kurang RM500.00 sebulan. 

Sumbangan ini adalah bagi menyempurnakan titah YTM Tengku Mahkota Kelantan selaku Yang Dipertua MAIK yang turut bersimpati di atas kesusahan yang dialami oleh keluarga ini.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat lah menampung kos rawatan   adik Ummu Damia Khalisya.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

Tags: