• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Ahad Zulhijjah 24 1440
Ahad Ogos 25 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

DUGAAN JAGA ANAK LEUKEMIA

AF Imam Tua Masjid Bandar Bachok mewakili YABrs. Dr Timbalan Yang Dipertua MAIK menyampaikan sumbangan kepada  Mohd Afidi bin Muda pada 22 Januari, 2019 di Kampung Alor Tok Majam, Bekelam, Jelawat, Kelantan. Encik Mohd Afidi adalah bapa kepada Adik Nur Yusra Ainul Mardiah yang mengidap penyakit leukemia. Adik Nur Yusra berumur 3 tahun dikesan mengidap penyakit leukimia perlu menjalani rawatan kimoterapi selama 2 tahun. Encik Mohd Afidi bekerja  sebagai pemandu lori bertaraf kontrak di anak syarikat RISDA tetapi buat masa ini diberi cuti tanpa gaji kerana sering berulang-alilk ke hospital untuk rawatan adik Nur Yusra. Buat masa ini mereka menerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM350.00 sebulan, daripada MAKNA sebanyak RM150.00 dan daripada PEKA RM100.00 sebulan. Dengan bantuan ini mereka sekeluarga meneruskan kehidupan termasuk juga belanja ulang-alik ke hospital. Encik Mohd. Afidi mempunyai 4 orang anak yang berumur 3 hingga 9 tahun dan juga seorang isteri yang merupakan surirumah sepenuh masa.

Sumbangan ini adalah bagi menyempurnakan titah YTM Tengku Mahkota  Kelantan selaku Yang Dipertua  MAIK yang turut bersimpati di atas kesusahan yang dialami oleh keluarga ini.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat menampung sara hidup kelaurga ini juga kos rawatan   adik Nur Yusra.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1171
Kelmarin1327
Minggu Ini12058
Bulan Ini46938
Keseluruhan511414

X