• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

HILANG TEMPAT BERGANTUNG

AF Imam Tua Masjid Bandar Bachok mewakili YABrs. Dr Timbalan Yang Dipertua MAIK menyampaikan sumbangan kepada  Puan Nabilah binti Bahri pada 22 Januari, 2019 di Kampung Cherang Hangus, Bekelam, Bachok, Kelantan. Puan Nabilah adalah  isteri kepada Encik Ihsan bin Mohamood. Ihsan bin Mohamood tidak dapat bekerja kerana mengalami masalah ingatan kerana keretakan di bahagian otak (pendarahan) serta tidak dapat berjalan dengan sempurna akibat daripada kemalangan 6 bulan yang lalu. Sumber pendapatan keluarga ini hanyalah daripada bantuan daripada JKM sebanyak RM450.00 sebulan. Pasangan ini mempunyai 3 orang anak yang berumur 1 hingga 8 tahun. Adakalanya beliau tidak dapat membeli susu untuk anak yang masih kecil kerana masalah kewangan.

Sumbangan ini adalah bagi menyempurnakan titah YTM Tengku Mahkota Kelantan selaku Yang Dipertua  MAIK yang turut bersimpati di atas kesusahan yang dialami oleh keluarga ini.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat menampung kos sara hidup  dan keperluan harian keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini953
Kelmarin1259
Minggu Ini3536
Bulan Ini29134
Keseluruhan291413

X