• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Isnin Muharram 24 1441
Isnin September 23 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KOMA SELAMA 2 TAHUN

AF Imam Tua Masjid Bandar Bachok mewakili YABrs. Dr Timbalan Yang Dipertua MAIK menyampaikan sumbangan kepada  Puan Sauni binti Harun pada 22 Januari, 2019 di Kampung Pengkalan Chengal, Perupok, Bachok, Kelantan. Puan Sauni adalah ibu kepada Nur Fatin Damia Binti Abu Lahab@Burhan. Nur Fatin Damia berumur 17 tahun, koma sejak April 2017 akibat kemalangan.. Puan Sauni berniaga kecil-kecilan dengan menjual air dan makanan ringan dan memperolehi pendapatan lebih kurang RM300.00 sebulan manakala suami beliau bekerja sebagai petani dengan pendapatan RM500.00 sebulan. Suami beliau tidak mampu melakukan kerja-kerja berat kerana mengidap sakit jantung. Mereka mempunyai 3 orang anak yang berumur 7 hingga 17 tahun. Mereka juga bantuan JKM sebanyak RM350.00 sebulan. Perbelanjaan yang diperlukan untuk Nur Fatin Damia adalah di antara  RM1,500.00 hingga RM2,000.00 sebulan iaitu untuk pembelian susu khas,lampin pakai buang serta kos tukar tiub susu, kahak dan trakeostami serta kos ulang-alik ke HUSM (Ambulan).

Sumbangan ini adalah bagi menyempurnakan titah YTM Tengku Mahkota Kelantan selaku Yang Dipertua  MAIK yang turut bersimpati di atas kesusahan yang dialami oleh keluarga ini.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat menampung kos perubatan dan rawatan Nur Fatin Damia

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini576
Kelmarin1935
Minggu Ini576
Bulan Ini36656
Keseluruhan559590

X