• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS RAMAH MESRA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) BERSAMA RAKAN MEDIA TAHUN 1440H/2019M

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Penasihat Khas Kepada YTM Tengku Yang Dipertua MAIK telah berkenan untuk berangkat ke Majlis Ramah Mesra Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Bersama Rakan Media Dan NGO Bagi Tahun 1440H/2019M pada 17 Jamadilawal 1440H  bersamaan 23 Januari 2019M (Rabu) bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu mulai jam 8.00 malam.

Majlis dimulakan dengan persembahan ucapan aluan oleh Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan seterusnya titah ucapan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan serta persembahan khas multimedia MAIK. Majlis berakhir dengan pengurniaan cenderamata kepada rakan-rakan media dan NGO yang hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis kali ini ialah YB Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, YB. Yang Amat Arif Dato’ Haji Daud Bin Muhammad (Dato’ Aria D’Raja) Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, YBrs Encik Mohamad Safaruddin Bin Ismail, Penglola Istana D’Raja, YBrs Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Setiausaha MAIK, jemputan khas rakan-rakan media iaitu Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) dan wakil, Bahagian Pengurusan Korporat SUK, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat SUK, Urusetia Penerangan Negeri Kelantan, Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Sinar Harian Cawangan Kelantan, Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) merangkumi Berita Harian, Metro, BERNAMA, Media Prima Prima Berhad, Jabatan Penyiaran Kelantan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Utusan Malaysia Dan Kosmo, Sistem Televisyen TV3 Berhad, Astro Awani, dan pegawai-pegawai kanan MAIK.

Manakala jemputan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ialah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Negeri Kelantan, The THIRDFORCE, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Kelantan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Kelantan, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Kelantan, Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Kelantan, Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Kelantan, HALUAN Negeri Kelantan, Internasional Islamic Information & Daawah Centre, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO), Negeri Kelantan dan facebookers Kisah Zakat Malaysia, Info Rakyat Dalam Kelantan, dan halaman MAAFSEBUT.

 

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin Bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1104
Kelmarin1369
Minggu Ini3799
Bulan Ini22387
Keseluruhan192838

X