BAYI DERITA USUS PENDEK

Cetak

AF Imam Tua Masjid Bandar Jeli, mewakili Timblan Yang Diperta MAIK menyampaikan sumbangan kepada Encik Mohd Azreen binti Mohd Nor. Mohd Azreen adalah bapa kepada Adik Nur Aishah Aleesa binti Mohd Azreen yang berusia  2 tahun. Nur Aishah  menghadapi masalah usus pendek yang memerlukan kos sebanyak RM30,000.00 untuk pembelian beberapa peralatan bagi membolehkan beliau menjalani rawatan di rumah. Beliau memerlukan rawatan pemakanan parenteral untuk mengatasi masalah kekurangan zat. Encik Mohd Azreen hanya bekerja sendiri dengan pendapatan RM500.00 manakala isteri suri rumah sepenuh masa. Sumbangan ini yang disampaikan di Ayer Lanas, Jeli  pada 31 Januari, 2019  adalah bagi menyempurnakan  titah YTM Tengku Mahkota   Kelantan selaku Yang Dipertua  MAIK yang turut bersimpati di atas nasib yang menimpa Adik Nur Aisyah.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapatlah menampung kos rawatan  Adik Nur Aishah.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

Tags: