• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Safar 24 1441
Rabu Oktober 23 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KORBAN KASIH SEORANG ADIK

YBrs. Pegawai Agihan Zakat MAIK menyampaikan sumbangan kepada  Encik Ramly bin Ibrahim  pada 30 Januari, 2019 di Kampung Bukit Mak Lipah, Mahligai, Bachok. Encik Ramli seorang duda menghidap strok anggota badan sebelah kanan dari paras pinggang ke bawah sejak empat tahun yang lalu. Beliau tidak dapat berjalan dan juga mengalami masaah pertuturan. Beliau menerima bantuan JKM sebanyak RM400.00 sebulan. Beliau mempunyai 5 orang anak yang berumur 3 tahun hingga 15 tahun. Adik lelaki beliau, Ahmad bin Ibrahim yang bekerja sebagai polis bantuan BSN dan masih bujang  banyak membantu dengan menanggung makan minum beliau dan 5 anak-anak yang masih kecil. Sebagai adik, Ahmad sanggup berkorban gaji beliau untuk menguruskan abang serta anak-anak saudara yang tidak mempunyai ibu kerana bercerai. Encik Ramly sepatutnya meminum susu khas tetapi akibat kesempitan hidup beliau tidak dapat berbuat demikian, begitu juga dengan lampin pakai buang yang tidak mampu dibeli.

Sumbangan ini adalah bagi menyempurnakan titah YTM Tengku Mahkota Kelantan selaku Yang Dipertua  MAIK yang turut bersimpati di atas kesusahan yang dialami oleh keluarga ini.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapatlah meringankan sedikit kesempitan hidup keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini210
Kelmarin1310
Minggu Ini2813
Bulan Ini31802
Keseluruhan604241

X