TAKLIMAT PROMOSI PROGRAM PENGAJIAN ASNAF LEPASAN SPM

Cetak

Pada 14 Februari 2019 - Unit Pendidikan MAIK telah berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku, Gua Musang bagi mengadakan Taklimat Promosi Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM kepada para 22 orang Kaunselor Sekolah-Sekolah di daerah Gua Musang Kelantan diiringi Pegawai Bahagian Kaunseling Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Tadbir Pendidikan, MAIK. Penerangan jelas mengenai Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Gua Musang melalui para kaunselor sekolah mereka. Taklimat seperti ini akan terus dilaksanakan lagi di daerah-daerah lain di seluruh negeri Kelantan.

 

Disediakan Oleh : Siti Asmah Bt Abdul Ghafar

 

 

Tags: ,