• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Isnin Muharram 24 1441
Isnin September 23 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TAKLIMAT PROGRAM ENGLISH AT MOSQUE (EN@M) KEPADA PENGGERAK PROGRAM EN@M TAHUN 2019

Pada 17 Februari 2019 - Unit Pendidikan MAIK telah mengadakan taklimat kepada penggerak Program English At Mosque (En@M) bagi tahun 2019. Seramai 29 orang telah hadir ke sesi taklimat pada kali ini. Hadirin terdiri daripada wakil Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Semua Pegawai Bahasa Inggeris Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), wakil dari Yayasan Islam Kelantan (YIK), Para Imam Masjid Bandar dan Imam Masjid Mukim yang terlibat. Taklimat dipengerusikan oleh YBhg. Dato Hj. Jaafar Bin Ismail, Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Tadbir (Pendidikan), MAIK. Penerangan jelas mengenai Program English At Mosque (En@M) ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penggerak program tersebut bagi mencapai matlamat asal program. Taklimat seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

 

Disediakan Oleh : Siti Asmah Bt Abdul Ghafar

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini573
Kelmarin1935
Minggu Ini573
Bulan Ini36653
Keseluruhan559587

X