• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Safar 19 1441
Sabtu Oktober 19 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN MENTERI UNDANG-UNDANG DAN HAL EHWAL ANAK NEGERI SABAH BERSAMA AHLI MAJLIS TERTINGGI MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH (MUIS)

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima satu kunjungan daripada Menteri Undang-Undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Bersama Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam pada 16 dan 17 Februari 2019. Sambutan lawatan delegasi dimulai dengan majlis makan malam yang turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud (Exco Kerajaan Negeri Kelantan), YB Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohd Shukri Bin Mohamad (Mufti Negeri Kelantan), YB YAA Dato’ Haji Daud Bin Muhammad (Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan), YBrs Dr. Mohamed Safaruddin Bin Ismail (Penglola Istana D’Raja).

Seterusnya pada 17 Februari 2019 adalah kunjungan ke pejabat MAIK dan telah disambut mesra oleh YBrs. Pegawai Pengurusan Perojek MAIK, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan MAIK. Rombongan berkenaan diketuai oleh YB Datuk Hj Aidi Bin Haji Mokhtar (Menteri Undang-Undang & Hal Ehwal Anak Negeri Sabah), YBhg Datuk Seri Panglima Dr Haji Hasbullah Bin Haji Mohd Taha (Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah), YBhg Datuk Haji Abu Bakar@Wahab Bin Abas (Ahli Majlis Tertinggi MUIS), YBhg Datuk Haji Mohd Hanan Bin Ramli (Ahli Majlis Tertinggi MUIS), YM Dr. Suwaid Bin Tapa (Ahli Majlis Tertinggi MUIS), YM Ustaz Saifulzaman @ Setibin Bin Sagul (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Merangkap Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah) serta empat (4) orang urusetia. Program tersebut dimulakan dengan sesi ta’aruf antara pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan ahli-ahli rombongan daripada Majlis Ugama Islam Sabah. Pada program tersebut, sesi soal jawab berkaitan Kutipan Dan Agihan Zakat, Pengoperasian Wakaf Dan Baitulmal Dan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan. Kunjungan berkenaan diakhiri dengan acara penyerahan cenderamata daripada kedua-dua belah pihak sebagai tanda kenang-kenangan.

 

Disediakan Oleh : Ahmad Faizul Bin Mat Zain

 

flickr
www.flickr.com
                   
Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini158
Kelmarin1482
Minggu Ini7356
Bulan Ini26917
Keseluruhan599356

X