• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PERJUMPAAN BULANAN GURU AGAMA ORANG ASLI, MAIK DAN BENGKEL BERKALA TEKNIK AL-BAGHDADI KEPADA GURU AGAMA ORANG ASLI, MAIK

Setiap bulan Unit Dakwah, MAIK akan mengadakan Program Perjumpaan Bulanan bersama Guru Agama Orang Asli, MAIK. Program tersebut telah diadakan selama tiga (3) hari bermula pada 19 hingga 21 Februari 2019 bertempat di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli MAIK, Lojing.

Untuk tahun 2019, Unit Dakwah telah menambah pengisian program dengan mengadakan Bengkel Teknik Al-Baghdadi yang diurus oleh Tenaga Pengajar daripada Pusat Pengajian Al-quran Teknik Al-Baghdadi Panji. Ia bertujuan untuk menambah dan memantapkan lagi ilmu pengetahuan Guru Agama Orang Asli berkaitan dengan pengajian dan pembelajaran al-Quran.

Pada hari ketiga pula, satu perjumpaan khas bersama Guru Agama Orang Asli, MAIK dan Penggerak Masyarakat Orang Asli, JAKIM. Perjumpaan ini bertujuan mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh para Daei yang bertugas di pedalaman kampung Orang Asli disamping berkongsi dalam menyelesaikan kesulitan yang timbul.

Diakhir program, wakil daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Ustazah Siti Farahida binti Fauzi, Pegawai Dakwah Kanan telah menyampaikan penyerahan sumbangan barang makanan kepada 60 orang Guru Agama Orang Asli, MAIK untuk kegunaan pengimarahan masjid dan surau kampung Orang Asli. Turut hadir Ketua Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri Kelantan Ustaz. Mohd Johar bin Abdullah serta Ustaz Che Alias bin Harun, Ketua Nazir MAIK.

 

Disediakan Oleh : Nurul Aisyah Bt Wan Adnan.

 

 

flickr
www.flickr.com
                   

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini76
Kelmarin958
Minggu Ini7263
Bulan Ini33476
Keseluruhan235068

X