LAWAT SIASAT MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN KE TANAH SEWAAN KOLAM UDANG PT714 & PT713 MUKIM KEMASIN, BACHOK

Cetak

Pada 13 Februari 2019 - Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan satu lawat siasat ke tanah PT714 & PT713 Kampung Kemasin, daerah Perupok, jajahan Bachok bagi meninjau sewaan kolam ternak udang dan pelaksanaannya. Ahli lawatan ini terdiri daripada Yang Berusaha Penolong Ketua Jajahan Bachok, Encik Mohamad Bin Othman, Yang Berusaha Pegawai Baitulmal/Wakaf MAIK, Puan Shakirah Binti Mohamad,  Yang Berusaha Penolong Pegawai Tanah, Yang Berusaha Penolong Pegawai Penilai dan Yang Berusaha Penolong Pegawai Syariah. Diharap menerusi lawat siasat ini, pihak MAIK dan Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok dapat mengkaji dan melihat kepenggunaan tanah yang telah diusahakan oleh syarikat khususnya dan pembangunan jajahan Bachok umumnya.

 

Disediakan Oleh : Mohd Aslam Bin Md Nawi

 

 

Tags: