• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Rabiul Awal 17 1441
Khamis November 14 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENYERAHAN KATIL PESAKIT MELALUI PROGRAM WAKAF KESIHATAN MAIK

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengucapkan penghargaan kepada pewakaf-pewakaf yang telah mewakafkan Katil Pesakit melalui Program Wakaf Kesihatan MAIK dan dimanfaatkan terus kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.

Pada 21 Februari 2019, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima sebuah Katil Pesakit yang telah diwakafkan oleh Encik Nik Zahidi Bin Nik Omar, yang juga kakitangan MAIK. Katil Pesakit ini telah diserahkan kepada Encik Mohd Udin Bin Saufi, yang telah menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi kronik sehingga menyebabkan beliau sawan dan lumpuh  sejak tahun 2017.

Pada 5 Mac 2019, pihak MAIK sekali lagi telah menerima sebuah katil pesakit yang diwakafkan oleh Ashaadi Fandzuri Bin Adnan dan katil ini telah diserahkan kepada Encik Feris Bin Khalid iaitu pesakit kanser lidah yang tinggal di Kampung Batang Bergedik, Gual Ipoh Tanah Merah

Semoga dengan sumbangan Katil Pesakit menerusi Program Wakaf Kesihatan MAIK ini akan memberi keselesaan kepada pesakit dan didoakan semoga mereka diberi kesembuhan oleh Allah s.w.t. Pihak MAIK juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pewakaf dan Rakan Waqaf MAIK diatas sumbangan yang diberikan dan semoga mendapat ganjaran pahala berterusan oleh Allah s.w.t.

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

 

 

flickr
www.flickr.com
                   
Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini668
Kelmarin1629
Minggu Ini4667
Bulan Ini16777
Keseluruhan633516

X