KURSUS SMART UKHUWWAH KEPADA GURU AGAMA ORANG ASLI MAIK SIRI 1 / 2019

Cetak

Pada 15-17 MAC 2019, Unit Dakwah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILTIM) telah mengadakan Kursus Smart Ukhuwwah Siri 1 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, Besut Terengganu. Kursus yang berlangsung selama 3 hari bermula Jumaat hingga Ahad telah disertai 28 orang peserta Guru Agama Orang Asli (GAOA) dari seluruh pos dan kampung Orang Asli di sekitar Jajahan Jeli dan Gua Musang.

Kursus ini bertujuan mengeratkan hubungan guru-guru agama yang jauh penempatannya di antara satu sama lain selain ingin melatih mereka dalam pelbagai urusan dan aktiviti berdakwah di kawasan masing-masing. Mereka juga diberi pendedahan luar mengenai cara hidup bermasyarakat sesuai dengan perkembangan zaman kerana seperti sedia maklum masyarakat Orang Asli amat terpinggir dari arus kemodenan dan pendidikan. Kursus sebegini sangat membantu meningkatkan kemahiran guru-guru agama dalam menjalankan kerja-kerja dakwah disamping menangkis segala anasir dan cabaran yang bertentangan dengan agama Islam. Sehubungan itu, kursus sebegini bakal melahirkan pendakwah yang berkualiti dalam menarik minat masyarakat Orang Asli terhadap Islam itu sendiri.

Pelbagai slot dan aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam dengan pengisian-pengisisan yang menarik. Barisan fasilitator program yang berpengalaman daripada Institut Latihan Islam Malaysia (ILTIM) telah mengambil inisiatif yang baik dengan memperkenalkan satu makanisme dakwah baru dan unik sebagai satu pendedahan yang mungkin boleh diaplikasi kepada masyarakat Orang Asli. Aktiviti menarik juga dikira sangat bersesuaian dengan method dakwah yang akan digunakan kerana tahap kefahaman masyarakat Orang Asli sangat berbeza dengan masyarakat bandar. Kursus ini mendapat maklum balas yang baik daripada para peserta yang hadir dan mereka sangat gembira serta berpuas hati dengan segala perkongsian dan ilmu yang diberikan.

Program berakhir dengan penyerahan hadiah dan sijil penyertaan kepada para peserta yang dihadiri oleh A.F. Ustaz Haji Murtadha bin Haji Abdullah (Ketua Pegawai Agama, MAIK) mewakili YABrs. Timbalan Yang dipertua MAIK diiringi oleh Ustaz Raja Alias bin Raja Ali, mewakili Pengarah ILTIM.

 

Disediakan Oleh : Nurul Aisyah Bt Wan Adnan

 

 

 

flickr
www.flickr.com
                   
Tags: