• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL LATIHAN INTENSIF SISTEM PENDAFTARAN E-MUALLAF 2.0

Pada 11  dan 12 Mac 2019 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Bengkel Latihan Intensif Sistem Pendaftaran e-Muallaf 2.0 bertempat di Makmal Komputer, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJP), Panji, Kota Bharu. Bengkel ini berlangsung selama dua hari yang disertai oleh kakitangan dari Unit Dakwah, MAIK; Unit  Teknologi Maklumat, MAIK dan juga Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Bengkel ini bertujuan menyeragamkan pendaftaran Muallaf di seluruh Malaysia melalui sistem yang sama.

Sepanjang tahun 2018, seramai 263 saudara baru telah memeluk agama Islam dan didaftarkan di MAIK. Data perangkaan yang besar melibatkan saudara baru yang dicatatkan di seluruh negara juga mencatatkan kejayaan yang membanggakan. Sehubungan itu, pihak JAKIM telah mengambil inisiatif yang baik dengan memperkenalkan satu sistem baru yang menyeragamkan semua data-data saudara baru yang memeluk islam sebelum tahun 2019 sehingga kini di seluruh Malaysia. Sistem baru ini telah mendapat maklum balas yang baik dari peserta yang hadir kerana ia bakal memudahkan pegawai pendaftar agama menyelaras, mengenal pasti dan mengemas kini data berkaitan saudara baru jika berlaku sebarang pertindihan maklumat.

Penambahbaikan kepada sistem pendaftaran yang baru  ini dikira lebih efektif kerana ia bukan sahaja tertumpu kepada saudara baru yang melibatkan sebuah negeri sahaja bahkan sistem ini membantu pegawai pendaftar agama mencari dan mengenal pasti individu yang sudah memeluk Islam di negeri lain juga.  Sistem ini diharapkan akan lebih membantu melicinkan lagi segala proses melibatkan saudara baru jika terdapat sebarang masalah di kemudian hari.

Program berakhir dengan sesi fotografi kesemua peserta dan urusetia yang terlibat. Unit Dakwah MAIK mengucapkan ribuan terima kasih atas penganjuran tersebut.

 

Disediakan Oleh : Nurul Aisyah Bt Wan Adnan

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini403
Kelmarin1412
Minggu Ini1815
Bulan Ini30370
Keseluruhan452551

X