• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Safar 23 1441
Rabu Oktober 23 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENGORBANAN SEORANG IBU DAN KAKAK

YBrs. Pegawai Agihan Zakat MAIK menyampaikan sumbangan kepada  Puan Pesah binti Awang Hamat   pada 21.2.2019  di Kampung Pendek, Kota Bharu. Puan Pesah adalah ibu kepada Che Amran bin Jusoh berumur 53 tahun dan belum berkahwin yang terlantarsejak setahun yang lalu  selepas pembedahan membuang darah beku di dalam kepala akibat terjatuh tangga. Che Amran sebelum ini mengidap penyakit sawan dan sering terjatuh sendirian. Di samping Puan Pesah, Puan Zabidah iaitu adik kepada Che Amran juga bergilir menjaga abangnya memandangkan ibunya sudah tua yang telah menjangkau umur 81 tahun. Puan Zabidah merupakan adik sanggaup  berkorban dengan berulang alik dari Kampung Gondang  ke Kampung Pendek dengan menaiki bas untuk membantu ibu menjaga abangnya. Puan Pesah ada menerima bantuan JKM sebanyak RM300.00 sebulan tetapi ianya tidak mencukupi kerana Che Amran memerlukan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM1,500.00 untuk perbelanjaan seperti pembelian susu, lampin pakai buang, ubat-ubatan  dan lain-lain kos rawatan. Sumbangan ini adalah bagi menyempurnakan titah YTM Tengku Mahkota Kelantan selaku Yang Dipertua  MAIK yang turut bersimpati di atas kesusahan yang dialami oleh keluarga ini.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat menampung perbelanjaan rawatan Che Amran dan meringankan sedikit kesempitan hidup yang dialami oleh keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini194
Kelmarin1310
Minggu Ini2797
Bulan Ini31786
Keseluruhan604225

X