• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Safar 18 1441
Jumaat Oktober 18 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KASIH IBU TIADA BANDINGAN

YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua  MAIK menyampaikan sumbangan kepada  Puan Che Eshah binti Mat Zin  pada 28.2.2019  di Kampung Pulau Pisang, Badang, Kota Bharu. Puan Che Eshah  adalah ibu kepada Mohamed bin Daud. Mohamed merupakan seorang bekas pekerja kapal yang hilang upaya kekal akibat kecederaan kepala apabila terlibat dengan kemalangan  jalan raya pada tahun 2016. Mohamed berumur 46 tahun bergantung sepenuhnya kepada ibu yang sudah berusia 64 tahun. Puan Che Eshah menguruskan Mohamed sebagaimana menguruskan seorang bayi. Beliau menerima bantuan bulanan daripada MAIK sebanyak RM400.00 sebulan untuk perbelanjaan mereka sekeluarga termasuk seorang lagi anaknya yang kelainan upaya tetapi belum menerima apa-apa bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mohamed hanya mampu memakan makanan lembut dan memakai lampin pakai buang. Mereka sekelurga tinggal di rumah yang uzur di atas tanah bukan milik sendiri. Sumbangan ini adalah bagi menyempurnakan titah YTM Tengku Mahkota Kelantan selaku Yang Dipertua  MAIK yang turut bersimpati di atas kesusahan yang dialami oleh keluarga ini.  MAIK juga akan menyampaikan sebuah katil khas di bawah program wakaf kesihatan MAIK untuk memudahkan urusan pergerakan beliau.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat menampung perbelanjaan keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini52
Kelmarin1549
Minggu Ini5768
Bulan Ini25329
Keseluruhan597768

X