• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PELAJAR UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR DISERANG STROK

YBrs. Pegawai Penyelaras Masjid (PPMJ) Jajahan Bachok menyampaikan sumbangan kepada  Puan Sumaiyah binti Hamid pada   pada 28.2.2019  di Kampung Pauh Sembilan, Beris Kubur Besar, Bachok. Puan Sumaiyah adalah isteri kepada Mohd. Safadillah bin Ismail seorang pelajar di Universiti Al-Azhar, Mesir yang di serang strok  semasa berada di Mesir iaitu pada 18 Disember, 2018 dan dibawa pulang ke Malaysia pada 9 Januari, 2019. Puan Sumaiyah juga seorang pelajar di Universiti yang sama. Suam risteri ini mula belajar di Universiri Al-Azhar pada tahun  2012 sehinggalah sekarang. Pasangan ini mempunyai 2 orang cahaya mata yang berumur 5 bulan dan 3 tahun. Mohd. Safadillah berada dalam keadaan terlantar tidak mampu bangun dan bercakap. Beliau hanya mampu makan makanan yang lembut dan juga susu khas. Memerlukan perbelanjaan lebih kurang RM500.00 sebulan  untuk perbelanjaan seperti pembelian susu, lampin pakai buang, ubat-ubatan  dan lain-lain kos rawatan. Sumbangan ini adalah bagi menyempurnakan titah YTM Tengku Mahkota Kelantan selaku Yang Dipertua  MAIK yang turut bersimpati di atas kesusahan yang dialami oleh keluarga ini.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat menampung perbelanjaan rawatan Mohd. Safadillah.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini204
Kelmarin1259
Minggu Ini2787
Bulan Ini28385
Keseluruhan290664

X