• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TUJUH BERANAK TINGGAL BERHIMPIT DI BAWAH RUMAH

YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua  MAIK menyampaikan sumbangan kepada  Puan Hariyani binti Mat  pada 28.2.2019  di Kampung Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu. Puan Hariyani adalah ibu kepada 6 orang anak yang berumur di antara 6 hingga 20 tahun. Mereka sekeluarga tinggal di bawah rumah yang uzur di mana bahagian atas didiami oleh  tiga keluarga lain termasuk ibu dan bapa tirinya. Beliau bekerja sebagai pembantu kantin sekolah dengan pendapatan RM600.00 sebulan manakala suami tidak bekerja. Enam orang anak masih bersekolah yang memerlukan perbelanjaan yang besar.  

Sumbangan ini adalah bagi menyempurnakan titah YTM Tengku Mahkota Kelantan selaku Yang Dipertua  MAIK yang turut bersimpati di atas kesusahan yang dialami oleh keluarga ini.  MAIK juga akan mempertimbangkan pembinaan sebuah rumah kepada keluarga ini bagi memberi sedikit keselesaan kepada mereka.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringan sedikit bebanan yang dihadapi oleh keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini173
Kelmarin1259
Minggu Ini2756
Bulan Ini28354
Keseluruhan290633

X