• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PEWAKAFAN TANAH

Majlis  Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)  mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pewakaf iaitu  Encik Mohammad Bakri Bin Ibrahim, mantan Pengarah Penyelidikan dan Kerjasama Antabangsa Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Beliau dengan suci hati telah hadir ke pejabat MAIK untuk mewakafkan keseluruhan bahagian bagi dua (2) lot tanah miliknya iaitu  lot 1962 Mukim Kuau, dan lot 1206 Mukim Tanjong Pauh, Jajahan Bachok untuk dimanfaatkan sebagai Wakaf Am. Pewakafan tanah ini telah disaksikan oleh Puan Shakirah Bt Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK dan  Alfadhil Ustaz Ridhwan Bin Abd Rahman, Pegawai Zakat MAIK.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mendoakan semoga pewakaf dan mereka yang terlibat dengan kerja-kerja wakaf akan dirahmati dan diberi ganjaran pahala berterusan oleh Allah s.w.t.

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini170
Kelmarin1421
Minggu Ini170
Bulan Ini25886
Keseluruhan402421

X