MAJLIS MEMPERINGATI PERISTIWA ISRA’ DAN MI’RAJ PERINGKAT NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 1440H/2019M

Cetak

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan telah berangkat ke Majlis Memperingati Peristiwa Isra’ Dan Mi’raj Peringkat Negeri Kelantan Bagi Tahun 1440H/2019M yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada 26 Rejab 1440H bersamaan 02 April 2019 (Selasa) bertempat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan, jam 6.30 petang. Ceramah khas sempena Majlis Sambutan Memperingati Peristiwa Isra’ Dan Mi’raj turut diadakan sebaik sahaja selesai solat fardhu Maghrib yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Yang Berbahagia Professor Madya Dr. Adli Bin Yaacob, Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Turut hadir pada majlis kali ini ialah YAB. Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, (Dato’ Bentara Kanan) Menteri Besar Kelantan, YB. Dato’ Kaya Setia Haji Nazran Bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Kelantan, YB Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, YB. Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Haji Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, YB YAA Dato’ Haji Daud Bin Muhammad, (Dato’ Sri Paduka Raja) Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Ahli-Ahli Jemaah Ulama’ MAIK, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, YABrs Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK, YDH DCP Dato’ Hasanuddin Bin Hassan, Ketua Polis Negeri Kelantan, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, YBrs Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Setiausaha MAIK, dan pegawai-pegawai  serta kakitangan MAIK. Turut serta dalam majlis tersebut ialah para jemputan khas dan muslimin-muslimat yang tinggal berhampiran  kawasan Masjid Muhammadi.  

 

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin Bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com