MAJLIS PEMBUKAAN DAN TAKLIMAT IBUBAPA PESERTA PROGRAM ENGLISH AT MOSQUE (EN@M) BAGI TAHUN 2019

Cetak

Pada 5 April 2019 (Jumaat), Unit Pendidikan MAIK telah menghadiri Majlis Pembukaan dan Taklimat kepada Ibubapa Perserta Program English At Mosque (EN@M) bagi tahun 2019 di 3 buah masjid iaitu Masjid Ibrahimi Pasir Puteh, Masjid Mukim Kok Lanas Ketereh, dan Masjid Ismail Petra Tanah Merah. Majlis yang sama juga turut berlangsung serentak di 7 buah masjid lain iaitu Masjid Sultan Muhammad III Pasir Mas, Masjid As-Salam Pengkalan Chepa, Masjid Ismaili Tumpat, Masjid Mahmudi Bachok, Masjid Sultan Yahya Petra Machang, Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Kuala Krai dan Masjid Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Gua Musang. Program EN@M ini adalah program tahunan Unit Pendidikan MAIK dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN), Yayasan Islam Kelantan (YIK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), dan Universiti Teknologi Mara Cawangan Kelantan (UiTM). Pada hari yang sama juga kelas bagi minggu pertama telah dijalankan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Program ini akan berjalan selama 13 minggu di 12 buah masjid terpilih seluruh Negeri Kelantan sehingga bulan Oktober 2019.

 

 Disediakan Oleh : Nor Laily binti Razali

 

flickr
www.flickr.com

 

 

Tags: