• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rabiul Awal 16 1441
Khamis November 14 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PERJUMPAAN BERSAMA PARA PENGERUSI JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM ENGLISH AT MOSQUE (EN@M) BAGI TAHUN 2019

Pada 20 Mac 2019, Unit Pendidikan MAIK telah mengadakan satu perjumpaan bersama Para Pengerusi Jawankuasa Pengelola Program English At Mosque di 12 buah masjid terlibat Program EN@M bagi tahun 2019 bertempat di bilik mesyuarat Tingkat 3, MAIK. Sesi ini bertujuan untuk membincangkan bersama para imam 12 buah masjid iaitu Masjid Ibrahimi Pasir Puteh, Masjid Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Gua Musang, Masjid Ismaili Tumpat, Masjid Sultan Muhammad I Jeli, Masjid As-Salam Pengkalan Chepa, Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Kuala Krai, Masjid Sultan Yahya Petra Machang, Masjid Sultan Muhammad III Pasir Mas, Masjid Mukim Kok Lanas, Masjid Ismail Petra Tanah Merah, Masjid Al-Hakim Taman Tanjung Chat, dan Masjid Mahmudi Bachok berhubung kelancaran Program EN@M bagi tahun 2019 di masjid mereka. Pihak Unit Pendidikan MAIK selaku penyelaras melalui sesi ini berkongsi makluman terbaru yang telah dikumpulkan melalui agensi penggerak program EN@M yang lain iaitu Yayasan Islam Kelantan (YIK), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), dan Universiti Teknologi Mara Cawangan Kelantan (UiTM). Program EN@M bagi tahun 2019 dijangka akan bermula pada bulan April 2019 sehingga bulan Oktober 2019 secara serentak di semua 12 buah masjid tersebut.

 

Disediakan Oleh : Siti Asmah binti Abdul Ghafar

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini82
Kelmarin1629
Minggu Ini4081
Bulan Ini16191
Keseluruhan632930

X