• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Safar 20 1441
Sabtu Oktober 19 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PERJUMPAAN BERSAMA YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK), PENGETUA DAN MUDIR SEKOLAH-SEKOLAH DIBAWAH PENGURUSAN YIK

Pada 20 Mac 2019, Unit Pendidikan MAIK telah mengatur satu perjumpaan bersama antara Pihak MAIK, Pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan para pengetua dan Mudir Sekolah-sekolah dibawah pengurusan YIK yang telah terpilih untuk menyertai Program English At Mosque (EN@M) bagi tahun 2019. Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh YBrs. Cik Nur Hanis binti Alias, Pegawai Tadbir Pendidikan MAIK manakala Pihak YIK diwakili oleh Al Fadhil Ustaz Muhamad bin Idris, Penyelia Hal Ehwal Murid Unit Hal Ehwal Murid Bahagian Sekolah YIK. Perbincangan dihadiri oleh 13 orang mudir dan wakil dari setiap sekolah iaitu Maahad Muhammadi Pasir Puteh, Maahad Muhammadi Gua Musang, Maahad Saniah Pasir Puteh, SMU(A) Nahdatul Ulum Jeli, Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, Maahad Rahmaniah Kuala Krai, SMU(A) Ahmadiah Banggol Judah Machang, Maahad Muhammadi Pasir Mas, SMU(A) Taqaddumil Ilmi Ketereh, SMU(A) Al- Ihsan Dalam Pondok Tanah Merah, SMU(A) Tarbiah Mardhiah Panchor Kota Bharu, SMU Ittihadiah Tanjung Pagar Ketereh, Maahad Yaakubiah Nipah Bachok.

Perbincangan adalah lebih menjurus kepada pendedahan mengenai Program EN@M dan halatuju program kepada para pengetua supaya sokongan di peringkat sekolah boleh dibuat kepada para pelajar dalam memberikan komitmen yang lebih baik sepanjang program berlangsung.  Pelajar dari sekolah terbabit akan mengikuti Kelas Pembelajaran Bahasa Inggeris di 12 buah masjid iaitu Masjid Ibrahimi Pasir Puteh, Masjid Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Gua Musang, Masjid Ismaili Tumpat, Masjid Sultan Muhammad I Jeli, Masjid As-Salam Pengkalan Chepa, Masjid Tengku Muhammad Faris Petra Kuala Krai, Masjid Sultan Yahya Petra Machang, Masjid Sultan Muhammad III Pasir Mas, Masjid Mukim Kok Lanas, Masjid Ismail Petra Tanah Merah, Masjid Al-Hakim Taman Tanjung Chat, dan Masjid Mahmudi Bachok bermula bulan April 2019 sehingga Oktober 2019.

 

Disediakan Oleh : Siti Asmah binti Abdul Ghafar

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini191
Kelmarin1482
Minggu Ini7389
Bulan Ini26950
Keseluruhan599389

X