• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rabiul Awal 16 1441
Khamis November 14 2019

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL LATIHAN KEPADA PARA TENAGA PENGAJAR SUKARELAWAN BLOK PERTAMA PROGRAM ENGLISH AT MOSQUE (EN@M) BAGI TAHUN 2019

Pada 29 Mac 2019 (Jumaat), Unit Pendidikan MAIK telah mengaturkan satu bengkel latihan kepada para tenaga pengajar sukarelawan yang terlibat dalam Program English At Mosque (EN@M) Blok Pertama bagi tahun 2019. Bengkel latihan ini dijalankan di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, Kota Bharu. Bengkel ini telah dihadiri oleh dua orang Penyelaras Modul Program EN@M bagi tahun 2019 iaitu Puan Aniza binti Yusoff (Sekolah Rendah) dan Encik Adenan bin Hashim (Sekolah Menengah) dan 24 orang guru yang bakal mengajar pelajar sekolah rendah dan menengah sepanjang Blok Pertama Program EN@M tahun 2019.

Bengkel sebegini akan dijalankan sebanyak 3 kali setahun melibatkan sukarelawan tenaga pengajar bagi Blok Pertama, Blok Kedua dan Blok Ketiga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para tenaga pengajar tentang modul pembelajaran dan teknik mengajar yang sesuai bertepatan dengan matlamat asal program, iaitu bagi meningkatkan kebolehan para pelajar khususnya golongan asnaf untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

 

Disediakan Oleh : Siti Asmah binti Abdul Ghafar

 

flickr
www.flickr.com

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini172
Kelmarin1629
Minggu Ini4171
Bulan Ini16281
Keseluruhan633020

X