BENGKEL TAKLIMAT PENGGUNAAN & HANDS ON SISTEM PENGURUSAN TAHFIZ MAIK

Cetak

Pada 16 - 18 Januari 2020 lalu, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah mengadakan satu Bengkel Taklimat Penggunaan & Hands On Sistem Pengurusan Tahfiz MAIK bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Bengkel selama dua hari tiga malam ini melibatkan kesemua kakitangan Unit Tahfiz, dilaksana dengan diurus setiakan bersama Unit Teknologi Maklumat MAIK selaku moderator serta pembangun sistem daripada Syarikat Ideal Niaga Network bertujuan untuk menerangkan modul yang berkaitan PENGURUSAN TIGA BAHAGIAN UTAMA UNIT TAHFIZ iaitu PENTADBIRAN, HAL-EHWAL AKADEMIK (HEA) dan HAL-EHWAL PELAJAR (HEP). Ia juga sebagai persediaan kepada kakitangan Maahad Tahfiz MAIK untuk menggunapakai Sistem Pengurusan Tahfiz agar lebih bersistematik dan terurus.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh AF. Imam Besar, MAIK.

Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah

 

flickr
www.flickr.com
                   
Tags: