• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Syaaban 14 1441
Rabu April 08 2020

BERITA 2020

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL STRATEGIK MEMARTABATKAN PROGRAM PENDIDIKAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN SIRI II

16 Januari 2020 - Bengkel Strategik Memartabatkan Program Pendidikan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kali ke-2 telah dilaksanakan di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.

Bengkel yang telah dibimbing oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai Bin Mohamed selaku Pengerusi Jawatankusa Pendidikan MAIK dan beberapa ahli-ahli MAIK ini telah berjaya membawa satu perubahan besar dalam pengurusan pendidikan di MAIK.

Hasil dari bengkel tersebut, tercetus satu peralihan dan pembahagian program-program Pendidikan di MAIK iaitu pendidikan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Program Pengupaya Pendidikan (PPP) dan Program Pendidikan MAIK (PPM).

Program Pengupaya Pendidikan (PPP) akan diuruskan oleh Unit Agihan.Manakala Program Pendidikan MAIK (PPM) pula akan diuruskan oleh Unit Pendidikan.

Bengkel juga mempersetujui bahawa nisbah pembahagian adalah 80%:20% antara asnaf fakir Miskin dan asnaf Fisabilillah di mana keutamaan diberikan kepada asnaf fakir miskin.

Disediakan Oleh : Siti Asmah Binti. Abdul Ghafar

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2123
Kelmarin3533
Minggu Ini9455
Bulan Ini28021
Keseluruhan879321

X