Majlis Jamuan Tahunan Darul Aitam bagi tahun 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 November 2019 bersamaan 25 Rabiul Awal 1441H bertempat di Hotel H Elite, Tunjong, Kota Bharu. Majlis yang julung-julung kali diadakan di luar Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Turut hadir bagi meraikan anak-anak yatim di bawah jagaan MAIK yang seramai 95 orang ini ialah YM Tengku Puan Temenggong Kelantan, YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK dan isteri, serta YBhg. Datin Hajjah Nik Khatijah @ Zubaidah binti Nik Man.
Bersempena dengan majlis ini juga, bacaan berzanji dan selawat maulud turut dialunkan dan diikuti oleh penyampaian anugerah pelajar contoh dan pelajar cemerlang bagi tahun 2019 kepada anak-anak Darul Aitam.
Majlis ini diakhiri dengan tayangan video aktiviti Darul Aitam sepanjang tahun 2019 dan penyampaian sumbangan oleh YBM Tengku Temenggong Kelantan dan YM Tengku Puan Temenggong Kelantan kepada semua anak yatim di Darul Aitam.
Baca selanjutnya...
Pada 5 November 2019, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menyempurnakan Majlis Pengurniaan Sumbangan kepada Institusi Pengajian Pondok yang Berdaftar dengan MAIK bagi Tahun 2019 yang diadakan di Dewan Tazkirah, MAIK.
Baca selanjutnya...
Pada 04 November 2019, bersamaan 07 Rabiul Awal 1441H, Majlis Penyerahan Peralatan Wakaf Kesihatan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah dilaksanakan di Klinik Kesihatan Sungai Pinang, Tumpat.
Majlis Penyerahan Peralatan Wakaf Kesihatan MAIK ini telah disempurnakan oleh Yang Berhomat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang DiPertua MAIK, yang diiringi oleh Yang Amat Berusaha Haji Zulkifle Bin Ab Rahman, Timbalan Yang DiPertua MAIK, Yang Amat Berusaha Yang Amat Berusaha Tuan Haji Ibrahim Bakri Bin Mat Deris, Ketua Jajahan Tumpat, dan Yang Amat Berusaha Dr. Zaini Bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Turut berangkat ke majlis ini adalah Yang Mulia Puan Sri Dato’ Tunku Hajjah Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Yang Mulia Tengku Nur Qistina Petri Binti Tengku Muhamad Rizam.
Dalam majlis ini, pihak MAIK berbesar hati untuk menyerahkan peralatan wakaf kesihatan menerusi dana Waqaf Kesihatan dan Am, yang bernilai RM100,000, iaitu berupa mesin ultrasound, mesin kardiotokografi, mesin pemeriksaaan tanda vital bagi pesakit neonate, katil pesakit, mesin penyedut mukus, kerusi roda, dan kerusi menunggu pesakit.
Pihak MAIK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Rakan Waqaf MAIK yang sentiasa memberi sokongan dan terus berwakaf sebagai Saham Akhirat, demi mendapat ganjaran pahala yang berterusan oleh Allah swt. Pihak MAIK juga berbesar hati untuk menerima mana-mana pihak untuk menyertai Rakan Waqaf MAIK dengan melayari portal rasmi www.e-maik.my atau laman web waqaf.e-maik.my
Baca selanjutnya...