• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

MASJID BANDAR & JAJAHAN

MASJID AL-SULTAN ISMAIL PETRA MASJID BANDAR KUBANG KERIAN, (MASJID BANDAR)



  • Aktiviti Masjid
  • Laporan : Laporan Kutipan Masjid

SEJARAH PEMBINAAN

Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1986 apabila seorang individu telah bermurah hati untuk membiayai pembinaan masjid ini. Setelah menyiapkan tapak untuk bangunan ini, proses pembinaannya telah tergendala atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pada tahun 1988, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menyambung pembiayaan kerja-kerja pembinaannya dengan tanggungan biaya daripada MAIK serta sumbangan wang daripada orang ramai berjumlah mencecah RM15 juta.

Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian telah disempurnakan perasmiannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra, pada 8 Safar 1413 Hijrah bersamaan 7 Ogos 1992 Masihi.

Lokasinya terletak 5 km dari pusat bandar Kota Bharu, berhampiran dengan Istana Negeri, Istana Mahkota dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan kawasan petempatan Bandar Baru Kubang Kerian. Masjid ini dapat menampung seramai 3000 jemaah untuk ruang solat utama, manakala serambi kanan, kiri dan belakang serta tingkat atas pula dapat menampung seramai 2000 orang jemaah.

  • MASJID BANDAR : MASJID AL-SULTAN ISMAIL PETRA KUBANG KERIAN
    Jalan Kubang Kerian, 
    6150, Kota Bharu,
    Kelantan

  • Telefon : +609 765 4248
  • Emel : mbkj_sultanismailpetra[at]e-maik[dot]my

  • Facebook : Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini102
Kelmarin1563
Minggu Ini4364
Bulan Ini35811
Keseluruhan778847

X