• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

MASJID BANDAR & JAJAHAN

MASJID D’RAJA LONG YUNUS MASJID BANDAR LANGGAR (MASJID BANDAR)



  • Aktiviti Masjid
  • Laporan : Laporan Kutipan Masjid

SEJARAH PEMBINAAN

Masjid D’Raja Long Yunus, Langgar dibina pada akhir tahun 1870. Terdapat sebuah kawasan pemakaman bersebelahan masjid ini, iaitu Makam yang dikhaskan untuk Kaum Kerabat D’Raja Kelantan. Menurut sejarah, selepas kemangkatan Al-Marhum Long Yunus di Pengkalan Galoh, Kg. Sireh, baginda telah dimakamkan di kawasan yang digelar “Langgar”. Masjid ini kemudian dibina berdasarkan nama kawasan pemakaman tersebut.

Masjid ini mempunyai struktur reka bentuk yang memanjang, iaitu lebih kurang dua kali panjang berbanding dari ukuran lebarnya. Ia ditutupi dengan bumbung tiga lapis dengan bahagian puncaknya dihiasi “tebar layar” yang disokong oleh bumbung berlapis dua yang berhubung antara satu sama lain. Terdapat kayu bersilang atau ‘pemeleh’ iaitu papan lebar yang diletakkan pada permukaan bahagian tepi tebar layar ini.

Bumbung berlapis tiga tingkat ini tidak mempunyai sebarang “ruang terbuka” bagi membolehkan peredaran udara dan pencahayaan semula jadi. Masjid dengan satu ruang utama ini, mengandungi hampir keseluruhan ruang lantainya dikelilingi oleh panel dinding yang diukir. Dinding panel ini mengelilingi kawasan mihrab dan ia merupakan kawasan yang paling ketara dalam masjid kerana aras lantainya ditinggikan.

Ruang ini dikhaskan untuk golongan Kerabat D’Raja semasa mereka hadir ke masjid ini. Ruang tertutup mempunyai ruang berupa pintu di setiap tiga bahagian dindingnya, kecuali di bahagian dinding mihrab yang diukir dengan ayat Al-Quran dan kekisi bersilang sebagai lubang udara di atas setiap dindingnya. Manakala bahagian kedua terdiri dari ruang anjung yang luas yang dikhaskan untuk golongan kebanyakan.

Dua bahagian serambi tersebut selalunya digunakan untuk kanak-kanak membaca Al-Quran dan kelas agama dengan setiap bahagian anjung serambi ini dikelilingi oleh kayu pengadang melintang railing bagi memudahkan kanak-kanak menyandar semasa menjalankan aktiviti mereka. Upacara kenduri-kendara juga dijalankan di sepanjang ruang terbuka berhadapan dinding bertentangan mihrab. Bahagian belakang serambi dikhususkan untuk kaum wanita sahaja kerana aktiviti seperti memasak seringkali dijalankan semasa upacara keramaian masjid. Ruang wuduk pula dipisahkan oleh sistem struktur yang berlainan, tetapi masih dihubungkan dengan ruang masjid.

Keseluruhan ruang lantai utamanya ditinggikan daripada bahagian lain. Serambi di bahagian belakang agak rendah arasnya dari ruang serambi utama untuk mewujudkan hirarki dan perbezaan antara ruang, terutamanya dari kawasan tertutup yang telah dikhaskan untuk kegunaan Kerabat D’Raja.

Struktur binaan masjid terbuat dari kayu cengal keras yang disokong oleh tapak tiang konkrit. Jubin bumbungnya berasal dari Selatan China sewaktu negeri Kelantan terlibat dengan perdagangan di antara China dan Patani. Masjid D’Raja Long Yunus, Langgar ini tidak mempunyai sebarang menara tetapi menggunakan sistem beduk tradisional untuk membuat pengumuman atau menyampaikan azan. Mimbarnya pula dikatakan sebagai takhta D’Raja yang dikhaskan untuk golongan atasan dan diukir dengan corak hiasan awan larat. Walau bagaimanapun, jika dilihat pada corak ukirannya dan jenis struktur kayu kini, tidak terdapat sebarang perubahan dari tarikh asal ianya dibina.

Bagi menampung keperluan jemaah yang ramai, bangunan baru tambahan 3 tingkat telah dimulakan pembinaannya pada Januari 1985 dan telah siap sepenuhnya pada Julai 1987. Pada tahun 2014 Masjid Langgar ini telah digantikan dengan nama Masjid D’Raja Long Yunus, Langgar.

  • MASJID BANDAR : MASJID D'RAJA LONG YUNUS LANGGAR, KOTA BHARU
    Jalan Langgar, Kampung Langgar, 
    15200 Kota Bharu,
    Kelantan

  • Telefon : +609 744 1669

  • Emel : mbkj_langgar[at]e-maik[dot]my

  • Facebook : Masjid D'Raja Long Yunus Langgar

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini135
Kelmarin1563
Minggu Ini4397
Bulan Ini35844
Keseluruhan778880

X