• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

MASJID BANDAR & JAJAHAN

MASJID MAHMUDI (MASJID JAJAHAN)



  • Aktiviti Masjid
  • Laporan : Laporan Kutipan Masjid

SEJARAH PEMBINAAN

Masjid Mahmudi dibina lebih kurang pada tahun 1930 di atas tanah lot 401 mukim Bandar Bachok dengan keluasan 52, 672 kaki persegi. Bagi peringkat awal, masjid ini dibina daripada kayu, berukuran lebih kurang 20x40 kaki. Masjid Mahmudi Bachok mula dibina dengan bangunan batu pada tahun 1936 iaitu pada zaman Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja, Haji Nik Mahmood bin Ismail. Bangunan asalnya didirikan dengan berpaksikan enam batang tiang sebagai simbolik kepada rukun iman.

Pada tahun 2008 masjid ini sekali lagi mengalami penambahan kali kedua, kali ini di sebelah selatan masjid pula, juga dengan ukuran yang sama iaitu 20 x 100 kaki. Bangunan tambahan ini siap dibina pada awal tahun 2010.

Masjid Mahmudi yang terletak di pinggir Pantai Bachok, kini menjadi tumpuan masyarakat, bukan sahaja penduduk setempat malahan pengunjung Pantai Irama Bachok yang terletak betul-betul di hadapan masjid tersebut.

Kini, masjid ini telah mendapat dua kali tambahan bangunan. Tambahan pertama pada tahun 1983, melibatkan ruang jemaah perempuan. Manakala tambahan kedua pula pada tahun 2005, melibatkan ruang bagi jemaah lelaki. Pembukaan rasmi Masjid Mahmudi yang telah siap dibina dilakukan pada tahun 1938 oleh KDYMM Al-Marhum Sultan Ismail. Nama masjid adalah diambil dari nama Dato’ Perdana Menteri (Menteri Besar) ketika itu, iaitu Dato’ Hj Nik Mahmood bin Ismail. Beduk Besar Masjid yang ada sekarang ini diambil dan dipindahkan daripada Madrasah Kampung Surau yang terletaknya di tepi jalan antara Kampung Nakhoda Saamah dengan Kampung Sungai.

Oleh kerana ahli jemaah Masjid Mahmudi semakin bertambah dan bangunan masjid menjadi semakin sempit, maka sebuah bangunan tambahan terpaksa dibina di sebelah utara masjid, berukuran lebih kurang 20x100 kaki. Bangunan tambahan ini telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Sultan Ismail Petra pada 1 Syaaban 1403 bersamaan 14 Mac 1983.

  • MASJID JAJAHAN : MASJID MAHMUDI
    Jalan Bandar Bachok,
    16300, Bachok,
    Kelantan

  • Telefon : +609 772 3860

  • Emel : mbkj_mahmudi[at]e-maik[dot]my

  • Facebook : Masjid Mahmudi Bachok

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini90
Kelmarin1563
Minggu Ini4352
Bulan Ini35799
Keseluruhan778835

X