• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Isnin Syaaban 12 1441
Selasa April 07 2020

MASJID BANDAR & JAJAHAN

MASJID MUHAMMADI KOTA BHARU (MASJID NEGERI)



  • Aktiviti Masjid
  • Laporan : Laporan Kutipan Masjid

SEJARAH PEMBINAAN

Masjid Besar Kota Bharu mula didirikan pada tahun 1867, Masjid ini asalnya ialah sebuah masjid kayu yang terletak di pinggir Sungai Budor, Seberang Paloh, sebelum dipindahkan dari tapak asalnya kerana ancaman banjir yang sering melanda. Tidak terdapat sumber sahih yang menyatakan tarikh sebenar masjid ini mula dibina, tetapi ianya dipercayai telah wujud semenjak zaman pemerintahan Sultan Muhammad II yang memerintah Kelantan pada 1837 hingga Oktober 1886. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masjid ini telah dibina lebih awal lagi, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad I antara tahun 1801 hingga 1837.

Pada tahun 1921, sebuah bangunan baru (bangunan induk) mulai dibina bagi menggantikan bangunan sedia ada daripada kayu. Istiadat peletakan batu asas masjid ini telah disempurnakan oleh Baginda Al-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 21hb. Ogos 1922. Luas dewan sembahyang masjid baru ini ialah 116 x 62 kaki tidak termasuk ruang serambi kiri dan kanan yang masing-masing berukuran lebar 20 kaki. Luas keseluruhan bangunan Masjid ini ialah 10600 kaki persegi serta mempunyai empat buah menara yang setiap satunya setinggi 70 kaki. Sebuah daripada menara ini berhias empat buah jam besar yang dapat dilihat dari keempat-empat penjuru masjid ini. Sebanyak RM360 ribu telah dibelanjakan oleh MAK bagi membiayai bangunan baru yang dianggarkan dapat menampung seramai 2400 orang ahli jemaah dalam satu masa. Masjid ini mula dibuka dengan rasminya pada hari Jumaat 31 Julai 1931 oleh Baginda Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV. Pada hari tersebut Masjid Besar telah dimasyhurkan dengan nama baru iaitu “Masjid Muhammadi”, Kota Bharu, mengambil sempena nama Sultan Muhammad IV.

  • MASJID MUHAMMADI
    15000 Kota Bharu, 
    Kelantan

  • Telefon : +609 7446495

  • Emel : mbkj_muhammadi[at]e-maik[dot]my

  • Facebook : Masjid Muhammadi Kota Bharu

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini344
Kelmarin3799
Minggu Ini4143
Bulan Ini22709
Keseluruhan874009

X