• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

MASJID BANDAR & JAJAHAN

MASJID SULTAN MUHAMMAD II TELIPOT (MASJID BANDAR)



  • Aktiviti Masjid
  • Laporan : Laporan Kutipan Masjid

SEJARAH PEMBINAAN

Masjid ini dibina pada tahun 1978 di Kampung Telipot, Kota Bharu. Pada asalnya, masjid ini dikenali dengan nama “Masjid Telipot”, mengambil sempena nama kampung tempat masjid ini dibina. Cadangan pembinaan masjid ini dibuat oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Abd. Aziz Tengku Hamzah (Tengku Sri Utama Raja) Yang Dipertua MAIK pada waktu itu.

Masjid ini didirikan di atas tapak bekas Pejabat Pertanian yang terletak di Jalan Telipot, kepunyaan Kerajaan Negeri. Ia dibina bagi dijadikan tempat Jumaat kedua bagi Mukim Langgar dan bukannya menggantikan Masjid D’Raja Long Yunus, Langgar yang sedia ada.

Tapak yang dicadangkan ini jauh lebih luas daripada tapak Masjid D’Raja Long Yunus, Langgar yang sedia ada, iaitu kirakira seluas 750 depa. Bangunan masjid baru ini dijangka akan dapat menampung kira-kira 1000 orang ahli jemaah pada satu masa.

Sebelum cadangan ini dikemukakan untuk mendapat kelulusan Kerajaan Negeri, tinjauan awal telah dibuat dengan YAB. Menteri Besar Negeri Kelantan ketika itu, Allahyarham Dato’ Haji Ishak Lotfi bin Omar. Dalam perbincangan awal ini, atas pandangan beliau sendiri, kawasan cadangan untuk membina Masjid baru Telipot telah diperluaskan sekali ganda lagi, menjadikan keluasan semuanya kira-kira 1 ½ ekar (1 ekar 480 depa).

Tapak Masjid Telipot ini telah diluluskan dengan rasminya oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1978.

Setelah bangunan masjid siap dibina di Jalan Telipot, ia lalu dinamakan Masjid Telipot, mengambil sempena nama Kampung Telipot, tempat masjid ini didirikan. Biaya pembinaannya telah menelan belanja sebanyak RM400 ribu, tidak termasuk nilai harga tanah.

Reka bentuk asal bangunan Masjid Telipot dibuat sebegitu rupa supaya ianya unik dari segi reka bentuknya, tanpa mencontohi reka bentuk manamana masjid yang terdapat di Malaysia pada masa tersebut, sekaligus ia mempunyai ciri-ciri seni bina Negeri Kelantan sendiri, selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri pada masa itu.

Pelan bangunan Masjid Telipot disediakan tanpa dikenakan sebarang bayaran oleh Allahyarham Encik Ghazali bin Salleh, seorang arkitek anak Kelantan dari Syarikat Pakatan Arkitek. Tetapi pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah diberi tanggungjawab membina masjid itu mendapati harga yang ditawarkan bagi pelan tersebut melebihi RM750 ribu sedangkan peruntukan yang ada pada masa itu hanya sebanyak RM350 ribu sahaja. Bagi mengatasi kebuntuan ini, pihak JKR terpaksa mengubahsuai pelan asal tersebut untuk diselaraskan dengan peruntukan yang sedia ada. Sebuah tender baru kemudian dikeluarkan semula. Akhirnya dengan menggunakan pelan baru yang diubahsuai itu, Masjid Telipot berjaya dibina dengan menelan perbelanjaan sebanyak RM400 ribu

Reka bentuk asal Masjid Telipot itu kemudiannya telah digunakan pula untuk membina sebuah masjid lain, iaitu Masjid Kampung Sireh yang letaknya tidak berapa jauh dari Masjid Telipot sebagaimana yang ada sekarang.

Kedudukan Kiblat bangunan Masjid Telipot ialah 20 darjah dari Barat atau 70 darjah dari Utara yang menjadi arah sembahyang umat Islam.

Masjid Telipot ini julung-julung kali digunakan untuk solat Jumaat pada 5 Januari 1979. Pada tahun 2013, nama masjid ini ditukar kepada nama baru, “Masjid Sultan Muhammad II”.

  • MASJID BANDAR : MASJID SULTAN MUHAMMAD II TELIPOTJalan Telipot,
    Bandar Kota Bharu,
    15150 Kota Bharu,
    Kelantan

  • Telefon : +609 744 0798

  • Emel : mbkj_telipot[at]e-maik[dot]my

  • Facebook : Masjid Sultan Muhammad II Telipot, Kota Bharu

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini102
Kelmarin1563
Minggu Ini4364
Bulan Ini35811
Keseluruhan778847

X