• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

MASJID BANDAR & JAJAHAN

MASJID SULTAN YAHYA PETRA (MASJID JAJAHAN)



  • Aktiviti Masjid
  • Laporan : Laporan Kutipan Masjid

SEJARAH PEMBINAAN

Masjid Sultan Yahya Petra merupakan sebuah Masjid Jajahan yang dibina pada tahun 1968. Majlis Peletakan Batu Asas bagi pembinaan masjid ini telah disempurnakan oleh YAB. Tun Abdul Razak bin Tun Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pembangunan dan Luar Bandar pada hari Ahad 26 Zulkaedah 1387H bersamaan 25 Februari 1968M.

Masjid Sultan Yahya Petra telah disempurnakan perasmiannya oleh KDYMM Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim, pada Khamis 22 Muharram 1389H bersamaan 10 April 1969M.

Pengurusan masjid dikendalikan oleh Jawatankuasa Induk Masjid yang dipengerusikan oleh YABrs. Tuan Ketua Jajahan. Selain daripada Jawatankuasa Induk tersebut, masjid yang sama juga mempunyai Jawatankuasa Kecil Pengimarahan yang dipengerusikan oleh YBrs Pegawai Hal- Ehwal Islam merangkap Imam Tua Masjid Sultan Yahya Petra.

Dalam usaha untuk meningkatkan pengurusan masjid agar lebih berkesan dan efektif, MAIK sentiasa berusaha memperkasakan kepimpinan masjid dengan melantik pegawai-pegawai kumpulan pengurusan demi untuk meningkatkan kemahiran pengurusan dan mutu pembangunan masjid.

Dengan adanya pegawai pengurusan masjid, AJK Imarah Masjid bersetuju untuk menyusun strategi dan perancangan secara berkala, sesuai dengan perkembangan semasa, dengan menumpukan kepada pembelajaran Islam dan pembangunan sosial bagi mencorak kehidupan muslim ke arah menghayati agama serta bersikap proaktif dalam kehidupan beragama dan bersosial.

  • MASJID JAJAHAN : MASJID SULTAN YAHYA PETRA
    Jalan Masjid Sultan Yahya Petra, 
    Bandar Machang,
    18500 Machang,
    Kelantan

  • Emel : mbkj_sultanyahyapetra[at]e-maik[dot].my

  • Facebook : Masjid Sultan Yahya Petra Machang

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini112
Kelmarin1563
Minggu Ini4374
Bulan Ini35821
Keseluruhan778857

X