• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rabiul Awal 16 1441
Khamis November 14 2019

PROFIL

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK

LATAR BELAKANG

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz diputerakan di Istana Kota Lama, Kota Bharu Kelantan pada 18 Julai 1961. Merupakan anakanda sulung daripada empat beradik daripada pasangan Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Bin Almarhum Tengku Muhammad Hamzah dan Tengku Merjan Binti Almarhum Sultan Yahya Petra.

Beliau telah mendirikan rumahtangga pada 18 Julai 1991 dengan Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra iaitu anakanda kepada Perdana Menteri yang pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Yang Berhormat Mulia dikurniakan dengan dua orang putera dan seorang puteri iaitu Tengku Abdul Rahman Petra, Tengku Yahya Aziz Petra dan Tengku Nur Qistina Petri.

Yang Berhormat Mulia juga merupakan cucunda sulung kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-6 iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II binti Almarhum Tengku Sri Utama Raja Tengku Muhammad Petra.

Yang Berhormat Mulia juga mempunyai hobi yang mencerminkan kepintaran dan keperibadian beliau seperti bermain golf, bermain badminton, menunggang kuda, menembak dan berenang. Beliau juga adalah seorang yang sangat aktif dan amat meminati aktiviti kesukanan sejak daripada zaman persekolahan beliau lagi.

KERJAYA

Memiliki pengalaman selama hampir 30 tahun dalam bidang perbankan, Yang Berhormat Mulia menyifatkan kerjaya dalam bidang perbankan amat mencabar kerana perlu memikul amanah dan kepercayaan yang telah diberikan oleh pendeposit dan dalam masa yang sama perlu memberi pulangan yang baik kepada pemegang saham.

Yang Berhormat Mulia memulakan kerjaya pada tahun 1986 dalam bidang perbankan dan kemudiannya bersara pada tahun 2014 semasa beliau bertugas di RHB Islamic Bank sebagai Ketua Perbankan Teknologi dan Naib Presiden Kanan RHB Islamic Bank. Beliau kini telah empat tahun memegang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan setelah dilantik memegang jawatan tersebut pada 6 September 2014.

PENDIDIKAN

Sentiasa menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan pendidikan, Yang Berhormat Mulia memulakan pendidikan pertama di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (I), Batu 2, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan. Kemudian meneruskan persekolahan sehingga Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. Pada usia 15 tahun, beliau kemudiannya berpindah ke St.John's Institution di Kuala Lumpur kerana mengikuti nenda beliau iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim yang ketika itu dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-6.

Setelah menduduki peperiksaan Malaysia Certificate Education (MCE) di St.John Institution di Kuala Lumpur, Yang Berhormat Mulia menduduki A Level selama 2 tahun di Cheltenham College, England. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran lebih tinggi ke Ohio University, Athens, Ohio, USA dan mendapat Bachelor of Business Administration (Hons) Major in Marketing pada tahun 1984. Beliau juga menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan kemudian mendapat Master of Business Administration (MBA) daripada United States International University, San Diego, California USA pada tahun 1985.

SEJARAH LANTIKAN

Yang Berhormat Mulia telah dilantik sebagai Tengku Sri Jaya Raja Kelantan pada tahun 1999 disusuli dengan Tengku Panglima Raja Kelantan pada tahun 2010 dan seterusnya diangkat sebagai Tengku Temenggong Kelantan pada tanggal 25 November 2013.

Keperibadian Yang Berhormat Mulia yang mesra dengan masyarakat dan peduli dengan persekitaran negeri Kelantan secara keseluruhannya menjadikan beliau sebagai kerabat diraja yang disenangi dan disayangi oleh masyarakat.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini156
Kelmarin1629
Minggu Ini4155
Bulan Ini16265
Keseluruhan633004

X