faq lokasi aduan peta


SYARAT SKIM BANTUAN

BANTUAN BULANAN

PENGENALAN :
Merupakan bantuan yang diberikan secara bulanan kepada asnaf yang layak untuk meringankan bebanan kewangan / menampung perbelanjaan harian

KATEGORI ASNAF : Fakir, miskin dan muallaf

SYARAT-SYARAT:
  1. Beragama Islam
  2. Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal.
  3. Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan
  4. Pemohon hendaklah berumur 60 tahun ke atas dan tidak mempunyai apa-apa pendapatan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan harian berdasarkan kepada penilaian pihak MAIK
  5. Pemohon bawah umur 60 tahun layak sekiranya pemohon tersebut menghidapi penyakit kronik (terlantar / tidak mampu bekerja) atau tergolong dalam asnaf muallaf dan kes-kes tertentu berdasarkan penilaian pihak MAIK
  6. Bukan penerima bantuan bulanan daripada mana-mana badan atau agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat kecuali pendapatan yang diperolehi tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
  1. Salinan Kad Pengenalan / surat beranak pemohon, pasangan dan tanggungan
  2. Salinan akaun Tabung Haji dan salah satu akaun bank berikut yang masih aktif ; Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Rakyat
  3. Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pemohon dan pasangan (jika berkaitan)
  4. Salinan slip gaji / penyata pencen pemohon dan pasangan sekiranya bekerja kerajaan / swasta atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada slip gaji
  5. Salinan surat pengesahan perubatan, laporan polis kes kemalangan, kebakaran, bencana alam, kematian, kecurian dan lain-lain (jika berkaitan)
KADAR BANTUAN:
  1. Kadar 1 (RM400):
    Bantuan ini diberikan kepada golongan asnaf yang memenuhi syarat kelayakan dan tidak mempunyai apa-apa pendapatan atau mempunyai pendapatan tetapi tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan harian berdasarkan kepada penilaian pihak MAIK
  2. Kadar 2 (RM200):
    Bantuan ini diberikan kepada golongan asnaf yang mempunyai pendapatan tetapi tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan harian berdasarkan kepada penilaian pihak MAIK. (tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)

KAEDAH PERMOHONAN / PELAKSANAAN
  1. Permohonan boleh dibuat secara ”online” menerusi Portal Rasmi MAIK
  2. Pemohon hendaklah memuat turun borang pengesahan maklumat pemohon untuk disahkan oleh imam masjid bandar / jajahan / mukim / penggawa (yang mana berkaitan)
  3. Pemohon hendaklah memuat naik dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan ke dalam sistem e-agihan MAIK
  4. Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak
  5. Bantuan disalurkan kepada ketua isi rumah kecuali bagi kes-kes tertentu
  6. Bantuan diberikan dalam tempoh 2 tahun dan selepas itu akan disemak semula melalui program pemutihan. Pemohon yang layak sahaja akan 3 diteruskan bantuan. (Syarat-syarat penerima adalah sebagaimana Lampiran A)
CARA BAYARAN:
  1. Pembayaran dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT)
  2. Bayaran tunai di kaunter (bagi penerima baru untuk kali pertama dan penerima yang tidak dapat membuka akaun bank seperti lumpuh, bankrap, sakit mental dan lain-lain).

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini704
Kelmarin3091
Minggu Ini14151
Bulan Ini85525
Jumlah Pengunjung22970129