faq lokasi aduan peta


SYARAT SKIM BANTUAN

BANTUAN KEPADA IBNUSABIL

PENGENALAN :
Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” bagi membantu mereka yang sedang menghadapi masalah kewangan dan memerlukan pertolongan segera akibat terputusnya perbelanjaan perjalanan bagi musafir yang terkandas

KATEGORI ASNAF : Ibnusabil

SYARAT-SYARAT:
  1. Tujuan perjalanan yang dibenarkan oleh hukum syara’
  2. Tidak terhad kepada peranakan Kelantan sahaja
  3. Pemohon tidak mempunyai rekod jenayah terkini dan penyalahgunaan dadah
  4. Bantuan tidak khusus kepada bentuk wang tunai sahaja
  5. Tiada saudara mara / kedutaan yang dapat membantu
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
  1. Salinan Kad Pengenalan / surat beranak pemohon, pasangan dan tanggungan
  2. Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pemohon dan pasangan (jika berkaitan)
  3. Salinan slip gaji / penyata pencen pemohon dan pasangan sekiranya bekerja kerajaan / swasta atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada slip gaji
  4. Salinan surat pengesahan perubatan, laporan polis kes kemalangan, kebakaran, bencana alam, kematian, kecurian dan lain-lain (jika berkaitan)
KADAR BANTUAN:
Berdasarkan kes dan situasi
(tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)

KAEDAH PERMOHONAN / PELAKSANAAN
  1. Permohonan hanya dibuat oleh ketua keluarga atau penjaga sahaja
  2. Borang permohonan boleh diambil di kaunter unit agihan MAIK atau di kaunter baitulmal Masjid Bandar dan Jajahan
  3. Borang hendaklah dihantar lengkap bersama dokumen yang diperlukan
  4. Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak
CARA BAYARAN:
Tunai

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2075
Kelmarin2451
Minggu Ini6912
Bulan Ini97086
Jumlah Pengunjung22981690