• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Safar 24 1441
Rabu Oktober 23 2019

SYARAT SKIM BANTUAN

BANTUAN RUMAH KEDIAMAN (PROJEK KHAS)

SYARAT-SYARAT AM MEMOHON :
  1. Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  2. Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
  3. Beragama Islam.

 

SYARAT-SYARAT KHUSUS MEMOHON :
  • Kriteria pemilihan penerima sebagaimana berikut :
    1. Penerima terdiri daripada asnaf fakir dan miskin. Keutamaan diberikan kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).
    2. Tanah milik sendiri atau milik ibu bapa atau tanah kerajaan. Sekiranya dibina atas tanah milik kerajaan atau ibu bapa pemohon ianya hendaklah mendapat kebenaran secara bertulis.
    3. Bagi penerima lelaki hanya mempunyai seorang isteri sahaja.
    4. Mempunyai tanggungan yang ramai.
    5. Merupakan bantuan untuk sebuah rumah yang dibina baru dan bukannya untuk membaiki rumah yang sediada.
  • Kos setiap rumah adalah sebanyak RM38,000.00 kecuali bagi jajahan Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai iaitu kos untuk sebuah rumah adalah sebanyak RM41,000.00
 
CARA UNTUK MEMOHON :
  1. Pemohon-pemohon bolehlah mendapatkan bantuan nasihat melalui semua imam-imam masjid seluruh negeri Kelantan. Tiap-tiap Pemohon mestilah mengisi borang permohonan bantuan yang boleh didapati secara percuma di Kaunter Zakat, Tingkat 1, MAIK. Borang permohonan yang disalin (fotostat) tidak akan dilayan.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini309
Kelmarin1310
Minggu Ini2912
Bulan Ini31901
Keseluruhan604340

X